Friday 19 June 2015

Cute Personal Mail Box - Do It Your self (DIY)




Assallmualaikum, hye (^_^) ...

Salam Jumaat and Salam Ramadhan for all Muslims.

How are you readers?? Hari nie Yana kembali untuk 'share' dengan readers semua satu tutorial mudah untuk hasilkan Personal Mail Box @ Peti Surat dalam bahasa Malaysia-nya yang kiut-miut dengan hanya menggunakan cereal box dan tissue roller.

Kenapa Yana buat 'mail box' nie? Sebabnya erana rumah sewa Yana tak ada 'mail-box', jadi tukang baca meter air dan meter elektrik akan letak bil merata. Ada yang diselit dalam raga motor, bawah pintu, celah tingkap. Kadang-kadang tak tersedar bil terpijak bil hehehe.

Jadi, Yana buatkan mail-box nie dan gantung kat pintu masuk. Surat jemputan kenduri pun letak dalam nie sekali. Maklumlah, kami tak selalunya ada kat rumah, kadang-kadang balik kampung sampai 2 minggu lebih.

Kepada 'readers' yang kat rumahnya dah ada 'mail-box', boleh juga cuba buat dan jadikan tempat letak alat tulis atau alat solek. Ok, readers semua dah tak sabar-sabar nak tahu caranya, jom baca entry ini sampai habis k (^_^).

***

FOR MAIL-BOX

WHAT YOU NEED :
  • 1 cereal box
  • 1 tissue roller
  • 1/2 meter felt
  • 2 tiub gam UHU 
 WHAT TO DO :

1. Potong 'cereal box' mengikut bentuk seperti dalam gambar di bawah.


2. Balut keseluruhan 'cereal box' tersebut dengan kain felt.


3. Potong 'tissue roller' mengikut ketinggian bahagian tepi 'cereal box' tadi, lekatkan kertas pada salah satu bahagian hujung dan lilit dengan salotape untuk dijadikan tapak. Jadi bila letak barang, barang tak jatuh dan kemudian balut dengan kain felt.


4. Gunakan gam UHU dan lekatkan 'tissue roller' tadi pada bahagian tepi cereal box.






5. Tebuk lubang pada bahagian atas 'mail-box' kita untuk buat tempat sangkut.


FOR DECORATION

WHAT YOU NEED :
  • 2 helai felt size A4- warna ikut citarasa sendiri
  • Butang
  • Jarum & benang
  • Plastik pembalut buku - saiz 1/4 A4
  • Ribbon

WHAT TO DO :


1. Folder alamat :
  • Untuk folder tempat letak alamat, potong 1 helai felt bersaiz A4 menjadi 2 helai felt bersaiz A5. Ambil felt bersaiz A5 tersebut dan potong kepada 2 bahagian - bahagian A & B.
  • Ambil bahagian A dan potong sekeliling pada bahagian tengah untuk buat 'window' bahagian hadapan seperti dalam gambar.
  • Lekatkan plastik pembalut buku di belakang bahagian A dan jahit sekeliling bahagian tengah dengan jahitan jelujur halus. jahitkan juga pada bahgian atas felt.
  • Ambil bahagian B dan cantumkan bahagian A yang telah siap tadi dengan jahitan jelujur halus di sekeliling. Ingat, jangan cantum bahagian atas sebab kita akan masukkan alamat melalui bukaan di bahagian atas.

2. Rumah :
  • Untuk bentuk rumah, gunting felt kepada: bahagian bawah:- 1 bentuk rumah; dan bahagian atas:- 1 bentuk bumbung, 1 bentuk cerobong, 1 bentuk pintu dan 2 bentuk tingkap.
  • Cantumkan dan gamkan semua bahagian atas kepada bahagian bawah, kemudian jahitkan di sekeliling dengan jahitan jelujur halus.

3. Bunga :
  • Untuk bunga, gunting felt kepada 6 bentuk bunga, dan 6 bulatan bersaiz duit 5 sen. Lekatkan bentuk bulat pada bahagian tengah bentuk bunga, dan jahitkan butang di tengahnya.
  • Seterusnya jahitkan di sekeliling setiap bentuk bunga dengan jahitan jelujur halus.

4. Sampul surat :
  • Untuk sampul surat, gunting felt kepada bahagian badan sampul surat (bentuk empat segi), dan penutup (bentuk tiga segi)
  • Cantumkan kedua-dua bahagian dan jahitkan di sekeliling dengan jahitan jelujur halus.

5. Susun kesemua hiasan yang telah siap dia atas 'mail-box' dan gamkan mengikut susunan di dalam
gambar.

6. Ikatkan 'ribbon' pada bahagian lubang yang telah ditebuk dan 'mail-box' kita dah pun siap untuk digunakan (^_^).

 ***

Alhamdulillah, dah selesai tutorial DIY - Cute Personal Mail Box nie. Selamat mencuba ye.

Until we meet again.

Happy Crafting, Happy Organizing.

Assallmualaikum, bye2 (^_^)

Honestly from the heart,

Liyana F.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...