Monday, 15 June 2015

Penanda Al-Quran / Al-Quran Mark - Free Printables



Assallmualaikum, hye (^_^) ...

Dah tinggal beberapa hari lagi kita nak jumpa dengan Bulan Ramadhan al-Mubarak kan. Bulan yang penuh rahmat, dan di dalamnya ada malam Lailatul Qadar. Ramadhan kali ini adalah Ramadhan kedua Yana setelah bergelar 'wife'. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun lepas, dan tahun-tahun semasa bergelar 'single' (>_<).

***
Antara amalan yang membolehkan kita menambah pahala di bulan Ramadhan ialah membaca al-Quran. Jadi, saya nak kongsi dengan para 'readers' tentang keutamaan membaca al-Quran. Semoga bermanfaat untuk kita semua (^_^).

KEUTAMAAN TADARUS AL-QURAN PADA BULAN RAMADHAN
  1. Membaca al-Quran serta menghayati isi kandungannya pada bulan Ramadhan akan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah SWT.
  2. Setiap satu huruf al-Quran yang dibaca pada bulan Ramadhan akan mendapat kebajikan daripada Allah SWT.
  3. Pembacaan Al-Quran pada bulan Ramadhan juga bererti memohon maghfirah daripada Allah SWT
  4. Ibadat puasa dan bertadarus al-Quran pada bulan Ramadhan juga akan memberikan syafaat kepada yang melaksanakannya.
***** dipetik daripada buku 'Indahnya Hidup Bersyariat'-Ustaz Ismail Kamus.

KEUTAMAAN MEMBACA AL-QURAN
(Petikan dari ' Keagungan Kitab Al-Quran dan Peminatnya' oleh Ustaz Abdullah Al Qari bin Hj. Salleh).
  1. Ibadat yang paling utama dari segi bacaan, manakala sembahyang sebesar ibadat dari segi gerak laku atau perbuatan.
  2. Pahala membaca al-Quran: 1 huruf = 10 kebajikan, dan menurut Ibnu Majah diganda sampai 400 dan menurut Ibnu Al jauzi diganda 700 kali.
  3. Balasan 1 huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga.
  4. juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga.
  5. Pahala membaca satu huruf dari al-Quran: dalam sembahnyang = 100 kebajikan, di luar sembahyang berwuduk = 50 kebajikan dan tanpa wuduk = 10 kebajikan
  6. Pembaca al-Quran adalah hartawan dan pahal membaca tidak akan putus mengikut Ibnu Abbas.
  7. Untuk selamat daripada api neraka.
  8. Mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama Malaikat.
  9. Di hari kiamat, al-Quran menjadi pembela.
  10. Pembaca akan memperolehi keamanan.
  11. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawaln malaikat.
  12. pembaca dimasukkan ke dalam golonganSiddiqin Syuhada' dan Solihin.
  13. Membaca al-Quran secara kumpulan akan diampun dosa mereka.
  14. Pembaca akan dapat kemuliaan di syurga.
  15. Mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh Malaikat di langit.
  16. Jika dibaca di rumah, akan memberi cahaya kepada rumah itu.
  17. Membaca secara tadarus (bergilir-gilir) mendapat ketenangan, rahmat dan dikelilingi oleh malaikat.
  18. Pembaca yang mahir dan baik diutamakan jadi Imam sembahyang.
  19. Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari dan mengajar al-Quran.
  20. Mempelajari satu ayat al-Quran lebih baik dari sembahyang sunat 1000 rakaat.
  21. Mempelajari dan membaca mendapat keberkatan dan keharmonian hidup.
  22. Mendapat perlindungan di padang Mahsyar.
  23. Pembaca akan dilindungi dari godaan syaaitan.
MASA-MASA YANG DIUTAMAKAN MEMBACA AL-QURAN 
***** dipetik daripada buku Amalan Sepanjang Hayat.

***
Dan untuk menjadikan pembacaan al-Quran kita lebih menarik, Yana nak hadiahkan Penanda al-Quran / Al-quran mark untuk  kawan-kawan 'readers' semua. 

PENTING!!! SILA BACA SEBELUM DOWNLOAD :

  • Penanda al-Quran dalam format PDF.
  • 'Readers' perlu klik pada Download Link untuk muat turun penanda
  • 'Readers' boleh print untuk kegunaan sendiri dan diberi percuma tetapi bukan untuk dijual atau digunakan untuk mendapat keuntungan.
  • Untuk perkongsian link dengan kawan-kawan, 'Readers' boleh kongsikan link entry ini kepada kawan-kawan.
  • 'Readers' tidak dibenarkan menggunakan dokumen yang di'download' sebagai hadiah untuk sebarang pertandingan atau 'giveaway'.
 Berikut adalah gambar penanda al-Quran yang anda akan perolehi :

  • PENANDA AL-QURAN DENGAN BILANGAN JUZUK



  • PENANDA AL-QURAN DENGAN NAMA SURAH






 ***
Selamat menggunakan penanda A-Quran dan membaca al-Quran Yana ucapkan kepada 'readers'.

Feel free to download and share.

Until we meet again.


Assallmualikum, bye2 (^_^).

Honestly from my heart,
Liyana F.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...